Monday, 24 December 2012

Kasut Farees


Nama aku B-First dan tuan aku namanya Muhammad Farees Idlan a.k.a Pais. Masa mula-mula aku dibeli (Januari 2012), rupa aku tak lah sehodoh ini.Kulit aku hitam berkilat, anggun dan mengancam jika nak dibandingkan dengan member-member / kasut-kasut yang lain. Memang aku yang paling glamour & menjadi pilihan budak-budak sekolah masa kini.

Tapi tuan aku ni memang pemalas betul. Aku ingat sejak dia jadi tuan aku, baru sekali dua  dia mandikan aku. Itu pun basuh gitu-gitu je sebab sibuk benar nak tengok kartun.

Bila dua tiga minggu tak basuh, aku punya bau....perghh...sungguh menusuk hidung & usus. Baunya boleh dihidu seantero dunia.

Kalau kat sekolah, tuan aku menggunakan aku sesuka hati dia je. Selagi ada lopak selagi tu dia nak pijak (walaupun banyak lagi tempat kering). Dia ingat dia Power Ranger ke apa ? Basah kuyup aku tapi tak pulak tuan aku teringat nak jemur aku kat tempat panas. Apa lagi, lagi berkepamlah bau aku. Mungkin dia segaja buat macam tu biar serangga-serangga & ulat-ulat, termasuk pacat, lintah, cacing dan yang seangkatan dengannya tak berani nak masuk ke dalam aku (atau dalam erti kata lain...tak tergamat nak masuk). Semuanya terbunuh dengan sendirinya sebelum sempat melompat atau menyelinap masuk.

Selepas beberapa purnama aku dibiar sebegitu rupa, aku semakin reput dan uzur. Warna kulit aku yang dulunya umpama hitam manis si buah manggis, sekarang ni bertukar kelabu taik anjing. Muncung ku yang dulunya mancung, sekarang ni dah berlubang sana sini. Bukan air je yang boleh masuk, malah seekor anak tapir pun boleh masuk.

Sekarang ni aku dengar khidmat aku tak diperlukan lagi. Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, tuan aku dah beli kasut yang baru yang bernama 'Diadora'. Aku mengucapkan selamat maju jaya pada kasut baru tersebut. Pada bekas tuan ku, kau hargailah kasut-kasut mu sebaik-baiknya. Basuhlah mereka setiap minggu dan pastikan dijemur di tempat panas supaya sentiasa kering dan tak berbau. Ingatlah tuan ku betapa susahnya emak & ayah tuan sebab kena berbelanja lebih & melawat kedai kasut beberapa kali dalam setahun untuk membeli kasut baru yang mana duit tersebut boleh digunakan membeli nasi arab kegemaran tuan. Wassalam.

Nota : Coretan di atas sempat dirakam sebelum kasut tersebut di buang oleh bapa tuan tersebut di tong sampah besar dekat Stadium Paroi. Semoga coretan tersebut menjadi pengajaran kepada Muhammad Farees Idlan a.k.a Pais.

Thursday, 12 January 2012

Our House Renovation & Transformation - Part 1

Dah lama me & my wife plan nak renovate rumah tapi banyak kali tertangguh. Semuanya sebab cita-cita terlampau besar, nak buat macam ni...macam tu tapi bila check quotation, perrghhhh.....harganya macam nak bina istana pulak.

At last, after series of revision, adjustment & argument, we decided to proceed. Selagi tak start, selagi tu lah jadi angan-angan je. Silap-silap dah pencen pun, masih macam tu jugak.

Lepas surveyed around, both of us decided to engage this one chinese contractor. Nama company nya memang susah nak ingat tapi I just called him by his glamour name; i.e "Ah Long". Tak tau apa pasal ramai orang panggil dia nama tu. Mungkin sebab dia memanjang ke atas (tinggi).Then.... I guess we should call him "Ah High" instead of Ah Long.

After firmed-up the price, the works had officially started on 2nd January 2012. Ikut plan yang dibuat oleh my wife (architect yang tak bertauliah), we want to extend the front, back & a little bit at the side plus some touching up internally. Tak tahu lah macam mana rupanya bila dah siap nanti but I hope it will fulfill my wife's dream after so many years of waiting (kesian dia...).

 
Backyard (Before) : 1st Jan 2012
Backyard (1st Week) : 7th Jan 2012

Backyard - Different Angle (1st Week) : 7th Jan 2012 

Side View (Before) : 1st Jan 2012


Side View (1st Week) : 7th Jan 2012

Side View - Different Angle (Before) : 1st Jan 2012

Side View - Different Angle (1st Week) : 7th Jan 2012

Overall View From the Back (1st Week) : 7th Jan 2012