Sunday, 20 January 2013

Zafreen & PLKN

Minggu pertama bulan Januari adalah minggu yang memenatkan bagi Den. Hari selasa (1hb Jan) hantar Hafeez balik SMASKP, hari rabu (2hb Jan) hantar Fareisha masuk Pra-Sekolah dan hari khamis (3hb Jan) hantar Zafreen pergi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Memang beberapa bulan lepas dah dapat tahu melalui 'Sistem Semakan Online Jabatan Latihan Khidmat Negara' yang Zafreen telah terpilih (atau lebih tepatnya diperintah) untuk menyertai PLKN - Kumpulan 1 Siri 10/2013. Kalau tak silap, selain dari Zafreen, tiga lagi member-member dia iaitu Muhammad Hazim, Ahmad Saniy & Munzir juga terpilih untuk ke PLKN. Tapi bila sampai hari melaporkan diri, cuma Zafreen & Munzir je yang pergi sebab Muhammad Hazim dapat 'offer' masuk Darul Quran, Kuala Kubu manakala Ahmad Saniy dapat masuk Foundation Program di Universiti Teknologi Petronas (UTP).

Masa mula-mula tahu yang dia kena masuk PKLN, memang dia rasa 'boring' gila. Katanya bukan dia tak nak pergi tapi program tu lama sangat, iaitu 2 bulan setengah bermula 3 Januari 2013 hingga 16 Mac 2013. Terbantut semua program-program yang dia dah 'plan' dengan member-member dia, termasuklah 'plan' nak ambil lesen kereta.

Nak bagi alasan kesihatan rasanya tak lepas kot...lebih-lebih lagi kalau bagi alasan ada penyakit 'Hidung Berlubang' atau 'Kencing Berair'. Sure kena penampar dengan doktor.....

Melapor Diri Di Stadium Paroi
Pagi Khamis, sebelum 9.30am, kita orang dah ada kat kawasan 'parking' Stadium Paroi untuk melapor diri. Punya lah ramai manusia....macam nak hantar orang pergi Mekah. Zafreen ditempatkan di Kem PLKN Sri Ledang, MLO 8160 KM 27, Jalan Tangkak-Segamat, 84020 Jementah, Johor. Agak jauh jugalah tapi dah dekat dengan Segamat, kampung orghang rumah Den. Boleh lah Den anak-beranak berkelah kek Gunung Ledang atau balik kampung Segamat bila melawat Zafreen.
  
Bergambar Dengan Bondanya
Proses melapor diri tu kejap je tapi bas-bas cuma bertolak ke kem masing-masing pukul 10.30 am. Sementara ada banyak masa tu, bergambarlah kami dengan berlatar belakang kan bas-bas PLKN. Bukan senang nak bergambar dengan bas PLKN, lebih-lebih lagi Zafreen yang sebelum ni asyik naik Bas Soon Giap je bila 'school outing' (dari SMASKP ke pekan Kuala Pilah).


Masa menunggu tu, adalah terjumpa Afwan & Adam, member-member Zafreen yang terselamat dari pergi PLKN. Dia orang datang untuk bagi semangat kat member-member yang kena pergi kot...Seronok nampaknya Zafreen bila terjumpa dia orang berdua ni.

Dari Kiri : Zafreen, Afwan & Adam
Apa-apa pun, elok lah jugak Zafreen pergi PLKN daripada dia mengelintau je kat rumah. Dah tentu badan pun nanti naik berkilo-kilo. It will be a good experience for him & at the same time, he can get new friends from other races too. 

Enjoy yourself son......and 'Selamat Digondolkan Kepala'!! he..he..he. 


No comments:

Post a Comment