Masuk hari kedua aku & famili kat Ancasa AllSuites Resort & Spa, Port Dickson (27 Disember 2011), petangnya kita orang pergi makan ikan bakar kat Restoran Terapung Fort Supai, Linggi. Kalau tak silap aku, masuk kali ni, dah 4 kali kita orang makan kat sini. Dah jadi macam salah satu panel ikan bakar kita orang pulak.
 |
Hafeez, Zafreen, Norsie & Fareisha Di Atas Laluan Ke Medan Ikan Bakar |
Kalau nak pergi sana, takde lah susah sangat. Dari Telok Kemang, ikut jalan nak pergi ke Linggi / Melaka. Beberapa km selepas pekan Pasir Panjang, belok kanan kat simpang menghala ke 'Tg. Agas". Jalan terus sampai jumpa simpang tiga. Lepas tu belok kanan & jalan terus sampai jumpa Fort Supai.All in all, it takes approx 30 minutes from Telok Kemang.
 |
Restoran Ikan Bakar Terapung Fort Supai, Linggi |
Makanan-makanan nya memang semuanya menjilat jari. Boleh hilang akal dibuatnya. Among my favourites; 'ikan pari bakar sambal', 'sotong goreng tepung', ikan jenahak / kerapu masak 3 rasa', 'siput buluh masak sweet & sour' and 'black pepper ketam'. Kalau tanya pasal harga, aku rasa berpatutan kot.... Antara gambar-gambar yg membuat air liur meleleh :
 |
Udang Bakar |
 |
Peecha Posing Dgn Otak-Otak nya |
 |
Sotong Goreng Tepung |
 |
Farees Idlan Sedang Meratah Otak-Otak |
 |
Siput Buluh Masak Sweet & Sour |
 |
Ikan Pari Bakar Bersambal |
 |
Ikan Siakap Masak Tiga Rasa |