Showing posts with label Farees. Show all posts
Showing posts with label Farees. Show all posts

Saturday, 5 January 2013

Legoland-Part 1 : Roller Coaster

14hb Dis 2012, topek jam 7.30 pagi, Den satu famili bergorak ke Legoland, Johor. Ini semua sebab nak menunaikan janji Den kek anak Den nombor tigo, Muhammad Farees Idlan (Pais). Kalau ikut plan asal, dio kono dapek sumo A dalam peksa akhir tahun, baru Den ngan oghang rumah bawak poyie Legoland. Tapi bilo dapek keputusan ehh, mak aiii....!!! menyigrap darah Den. Jangan kan A, nombor dalam kelas pun dah dokek ujung-ujung. Kalau ikut hati memang Den tak nak bawak tapi bila dah hari-hari diharuk nyo Den, makin poning dibuek nya. Sebelum dio tidur mengigaukan Legoland, lobih baik Den bawak dia orang ni dengan kadar segera...


Puaslah hati ekau Pais !!??

Sampai-sampai je, hari dah macam nak hujan. Den kobarkan kek anak-anak Den, sebolum hujan turun, eloklah korang copek-copek poyie main benda-benda ngori yang orang panggil 'Roller Coaster' tu. Seingat Den ada ompek jonih 'Roller Coaster', termasuk lah yang jonih masuk air.

Mulo-mulo tu, Den memang takdo plan nak naik benda tu sobab bila dah berumur ni, makin seriau raso ehh... Cukuplah dulu Den naik benda-benda tu kek Toronto Wonderland (Canada). Itu pun nak muntah hijau dibuatnya tapi sobab masa tu poyie ngan budak pompuan, kono lah tunjuk macho.
Lopeh berbincang, anak-anak bujang Den (Zafreen, Hafeez & Farees) pun decide nak naik Roller Coaster yang pertama. Kalau tak silap Den, namo roller coaster tu  'Project X' tapi kalau tengok gambar kek bawah ni, rupo macam 'Transformers' pon yo jugak.




Anak-anak bujang Den ni baru first time naik benda gilo ni. Sumo tak tau apo nak expect. Tu sobab ehh kek gambar yg mulo tu sumo nyo melambai-melambai riang. Masuk gambar ketigo ngan ompat, haaahhh....ambik kau, kocut amek..sampai dah lupo nak melambai lai. Tapi yang Den heran tu si Hafeez...sonyum semacam je dari mulo sampai la habis. Takdo rupo orang tengah takut...ala-ala macam kek syurgo jo.

Lopeh tu, Den anak beranak naik pulak Roller Coaster yang rondah & pendek sikit. Ontah apo namo ehh, Den pun tak ingat. Jonih yang ini Den beranilah naik sobab nampak kurang ngori ehh. Tapi bilo dah naik, pergghh....raso tercampak jantung Den ontah kemano. Bila masuk round ke duo, anak daro Den (si Peecha) dah mulo cembeng nak nangis.  Nasib baik bolum sompek dio nak melalak, benda tu pun abih. Maso naik binatang ni, memang takdo amik gambar sobab camera man nya pun naik jugak (Den lah tu...).

Seterusnya, Hafeez & Farees naik pulak boat yang torojun dalam air. Budak duo ekor ni memang seronok amek. Den, Norsie, Zafreen & Peecha tak sanggup nak naik sobab kang abih loncun satu badan. Tengok air nye pun dah rupo kolam ikan keli. Kalau korang nak tau seronok ko tak naik boat ni, korang tengok lah gambar-gambar anak Den kek bawah ni.


Hafeez ngan 'Peace' nye....


Nampak macam tengah berdoa je....

Yahoooo !!!...Balek kang tak payah mandi lagi!!!

Generally, memang enjoy naik game-game kek Legoland ni cumo Den anak-beranak tak abih naik sumo sobab maso tak cukup. Lopeh tu hujan lobek pulak tu. Kalau korang plan nak cover sumo game-game tu, elok lah korang terpacak kek entrance Legoland seawal mungkin sobab kalau nak naik setiap satu game tu kono beratur lobih kurang 30 - 45 minit. Kalau nak naik boat torojun tu elok lah korang bawak pakaian spare. Kalau tak kang berkurap satu badan.



Monday, 24 December 2012

Kasut Farees


Nama aku B-First dan tuan aku namanya Muhammad Farees Idlan a.k.a Pais. Masa mula-mula aku dibeli (Januari 2012), rupa aku tak lah sehodoh ini.Kulit aku hitam berkilat, anggun dan mengancam jika nak dibandingkan dengan member-member / kasut-kasut yang lain. Memang aku yang paling glamour & menjadi pilihan budak-budak sekolah masa kini.

Tapi tuan aku ni memang pemalas betul. Aku ingat sejak dia jadi tuan aku, baru sekali dua  dia mandikan aku. Itu pun basuh gitu-gitu je sebab sibuk benar nak tengok kartun.

Bila dua tiga minggu tak basuh, aku punya bau....perghh...sungguh menusuk hidung & usus. Baunya boleh dihidu seantero dunia.

Kalau kat sekolah, tuan aku menggunakan aku sesuka hati dia je. Selagi ada lopak selagi tu dia nak pijak (walaupun banyak lagi tempat kering). Dia ingat dia Power Ranger ke apa ? Basah kuyup aku tapi tak pulak tuan aku teringat nak jemur aku kat tempat panas. Apa lagi, lagi berkepamlah bau aku. Mungkin dia segaja buat macam tu biar serangga-serangga & ulat-ulat, termasuk pacat, lintah, cacing dan yang seangkatan dengannya tak berani nak masuk ke dalam aku (atau dalam erti kata lain...tak tergamat nak masuk). Semuanya terbunuh dengan sendirinya sebelum sempat melompat atau menyelinap masuk.

Selepas beberapa purnama aku dibiar sebegitu rupa, aku semakin reput dan uzur. Warna kulit aku yang dulunya umpama hitam manis si buah manggis, sekarang ni bertukar kelabu taik anjing. Muncung ku yang dulunya mancung, sekarang ni dah berlubang sana sini. Bukan air je yang boleh masuk, malah seekor anak tapir pun boleh masuk.

Sekarang ni aku dengar khidmat aku tak diperlukan lagi. Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, tuan aku dah beli kasut yang baru yang bernama 'Diadora'. Aku mengucapkan selamat maju jaya pada kasut baru tersebut. Pada bekas tuan ku, kau hargailah kasut-kasut mu sebaik-baiknya. Basuhlah mereka setiap minggu dan pastikan dijemur di tempat panas supaya sentiasa kering dan tak berbau. Ingatlah tuan ku betapa susahnya emak & ayah tuan sebab kena berbelanja lebih & melawat kedai kasut beberapa kali dalam setahun untuk membeli kasut baru yang mana duit tersebut boleh digunakan membeli nasi arab kegemaran tuan. Wassalam.

Nota : Coretan di atas sempat dirakam sebelum kasut tersebut di buang oleh bapa tuan tersebut di tong sampah besar dekat Stadium Paroi. Semoga coretan tersebut menjadi pengajaran kepada Muhammad Farees Idlan a.k.a Pais.