Friday 30 December 2011

Makan Ikan Bakar - Restoran Terapung Fort Supai, Linggi.

Masuk hari kedua aku & famili kat Ancasa AllSuites Resort & Spa, Port Dickson (27 Disember 2011), petangnya kita orang pergi makan ikan bakar kat Restoran Terapung Fort Supai, Linggi. Kalau tak silap aku, masuk kali ni, dah 4 kali kita orang makan kat sini. Dah jadi macam salah satu panel ikan bakar kita orang pulak.

 
Hafeez, Zafreen, Norsie & Fareisha Di Atas Laluan Ke Medan Ikan Bakar
Kalau nak pergi sana, takde lah susah sangat. Dari Telok Kemang, ikut jalan nak pergi ke Linggi / Melaka. Beberapa km selepas pekan Pasir Panjang, belok kanan kat simpang menghala ke 'Tg. Agas". Jalan terus sampai jumpa simpang tiga. Lepas tu belok kanan & jalan terus sampai jumpa Fort Supai.All in all, it takes approx 30 minutes from Telok Kemang.

Restoran Ikan Bakar Terapung Fort Supai, Linggi

Makanan-makanan nya memang semuanya menjilat jari. Boleh hilang akal dibuatnya. Among my favourites; 'ikan pari bakar sambal', 'sotong goreng tepung', ikan jenahak / kerapu masak 3 rasa', 'siput buluh masak sweet & sour' and 'black pepper ketam'. Kalau tanya pasal harga, aku rasa berpatutan kot.... Antara gambar-gambar yg membuat air liur meleleh :


Udang Bakar

Peecha Posing Dgn Otak-Otak nya
Sotong Goreng Tepung

Farees Idlan Sedang Meratah Otak-Otak
Siput Buluh Masak Sweet & Sour

Ikan Pari Bakar Bersambal

Ikan Siakap Masak Tiga Rasa