Sunday 3 February 2013

Norsie & Cream Puff

Semenjak dua menjak ni semangat oghang rumah Den (Norsie) dalam masak memasak ni meningkat dengan 'drastic' nya. Tak tau lah apa sebab ehh tapi Den raso-rasolah ni semua sebab berjangkit dengan rancangan 'Master Chef' lah ni. Lopeh tu ada pulak yang 'suggest' dia ikut kelas memasak kek 'Bzee Bakery', House of Pastries & Continental Cakes. Bzee Bakery ni kepunyaan tauke nya, Zalina Yahaya & lotak ehh kek Seremban 2.

Sejak dia kenal Bzee Bakery ni, makin busy lah dia. Kurang-kurang sekali sebulan, ada je kelas yang dia 'attend'. Tiap-tiap kali dia pergi kelas, memang kono makan kodai lah Den. Nak marah pun tak buleh sebab tiap-tiap kali dia balik, ada je bekal yang sodap-sodap untuk Den & anak-anak raso.

Setakat ni dah berjenis-jenislah dia belajar termasuklah pastries, kek, dessert, crepes, roti, kuih talam dan macam-macam lagi lah makanan pelik yang Den tak pernah tengok. Yang paling awal oghang rumah Den belajar ialah 'Cream Puff' (yang sememangnya makanan kegemaran Den).

Kalau tanya Den macam mana nak buat 'Cream Puff' tu, Den memang tak reti. Tapi Den nampaklah oghang rumah Den buat adunannya dulu untuk dibontukkan atau dilengkar-lengkarkan ateh 'tray' Lopeh tu dibuatkan pulak 'filling' nya untuk disumbekkan dalam Puff tu nanti.

Kalau nak tahu macam mana rupa cream puff sebelum dimasukkan ke dalam oven, tengoklah gambar kek bawah ni...    


Perrghh.... belum bakar lagi dah menggiurkan. Ikutkan hati, harus tak sempat masuk oven 'puff' ni.


Haaa...ni lah rupanya cream puff yang baru lepas keluar dari oven. Rupanya sungguh gebu ala-ala macam kerang buncit gitu. Next step...kena belah perut 'puff' gebu tu untuk diisi dengan inti atau 'filling' nya. Tak taulah apa jenis 'filling' yang oghang rumah Den buat tapi kalau tak silap Den nama ehh 'custard with fresh cream filling'. 


'Filling' tu boleh ikut cita rasa sendirilah....strawberry cream boleh, blueberry cream pun boleh, durian cream pun takde masalah. Bila dah diisi 'filling' nya, ditaburkan pulak 'snow sugar' kek atas 'puff' tu supaya nampak lebih 'da bomb', menarik & tertarik. Gambar kek bawah ni gambar 'cream puff' yang dah siap tapi belum lotak 'snow sugar' nya lagi. Kalau tabur copek sangat, copek pulak dia cair.  


Setakat ni boleh tahan jugak sambutannya. Kalau kek rumah, anak-anak dinosour Den buleh habiskan 20 bijik dalam masa tak sampai lima belas minit. Orders pun dah start flowing-in, cuma oghang rumah Den tak berani nak accept semua orders sebab ni bukan kojo full time ehh. Dia accept orders dari saudara mara & rakan taulan dulu. Nantilah...bila dah boring kojo atau dah pencen nanti, Den rasa dia akan 'go all out' in cooking & baking. Masa tu Den rasa Den lah yang akan jadi CEO + Quality Controller + Mat Delivery.

Jangan risau...bila dia dah start 'all out', akan Den war-warkan dalam blog ni untuk peminat-peminat cream puff. Okay lah...nanti Den post kan lain-lain makanan / masakan yang oghang rumah Den buat. Sekarang ni Den nak sambung makan cream puff...bismillah & bone appetite !! 

No comments:

Post a Comment