Friday 18 January 2013

Fareisha : 1st Day of School

Pojam colek pojam colek dah bosa anak daro Den, Nur Fareisha Husna a.k.a Peecha. Pada 2hb Januari 2013, bermulalah episod baru bagi diri dia bila dia mulo masuk Pra-Sekolah kek sekolah SRI Seremban. Alhamdulillah... sampai sekarang, keompek-ompek anak Den semuanya diterima masuk kek sekolah ni, iaitu sekolah rendah agama persendirian dibawah kelolaan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Bagi Den, sekolah SRI Seremban ni antara sekolah rendah terbaik kek Negeri Sembilan ni. Kalau nak masuk sini pun kono ambik 'test' dulu sobab sekarang ni dah ramai bona yang nak hantar anak-anak ehh masuk sekolah ni...

Bergambar Di Depan Kelas Pra-Omega
Tiga ompek minggu sebelum mulo sekolah, Peecha dah sibuk kehulu kehilir bawah list barang-barang yang perlu dibeli. Dia takut Den lupo agak ehh... Bila nak boli beg sekolah, macam biaso lah...takde lain selain dari beg 'Barbie' atau 'Princess'. Den pun tak paham apa yang best nya beg 'Barbie' ni. Maso Den sekolah rondah dulu, Den cumo pakai beg kotak ompek sogi ala-ala zaman P.Ramlee dulu. Rilek je...tak de masalah pun. Beg tu memang keras & kalau dihempuk kek siput babi memang sah sah berkecai cengkerang nya. 

Selepas sessi bertekak & tawar menawar dengan Peecha, akhirnya ni lah beg 'Princess' yang Peecha pilih. Yang penting kena colour 'pink'. Nasib baik tak diberi pilihan, kalau tak kasut pun Den raso dia nak colour 'pink'....

                         

Sampai je kek sekolah, semua pelajar-pelajar Pra dibahagikan kepada 3 kelas; Pra-Omega, Pra-Alpha & Pra-Beta. Peecha dapat kelas Omega (dah macam nama telur pulak) yang dikendalikan oleh Cikgu Marjina & Cikgu Norshakila.

Mula-mula tu ado lah sorang dua yang nangis tapi biasolah....kalau takde yang menangis tak meriah lah pulak. Lega raso hati Den sebab Peecha nampak steady je. Tak payah lah Den & oghang rumah nak berkampong kek kawasan sekolah sampai ke potang 

                       
Berbezo dengan tadika lain, sessi pembelajaran Pra-Sekolah kek SRI Seremban ni bermulo pukul 7.45 pagi dan habis pukul 4 potang. Sebagai sekolah agama, memang di sini dilobehkan pelajaran agama islam bagi membentuk sahsiah diri & memberi pendidikan islam pada pelajar-pelajar sojak mereka dari kocik lagi. Memang usaha & komitmen pihak pengurusan dan cikgu-cikgu sekolah ni amat dibanggakan dan hanya Allah jua yang dapek membalasnya. Anak-anak SRI Seremban semuanya diajar mengaji Al-Quran, sembahyang, sirah, tafsir, hadis, jawi & lain-lain. Selain dari tu, bagi pelajar-pelajar Pra-Sekolah, ada jugak sessi tido yang mano semua pelajar-pelajar kena boli tilam 'toto'. Tapi bila dah ramai-ramai tu, raso ehh lobih memain daripada tido.

Beratur Untuk Minum Pagi Di Kantin
Antara sessi yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar ialah minum & makan kat kantin sekolah. Kek sini memang cukup makan & minum ehh...pagi minum sekali, lopeh tu makan tongah hari & penghabisannya minum lagi pada sebolah potang.

Macam kenduri je budak-budak ni.....
Bila dah ramai-ramai tu, bagi roti / biskut ngan Teh-O panas pun habis dia orang lonjan. Agak ehh, bila dah ramai-ramai tu semua benda rasa macam KFC. 


Sebelum balik, Peecha tunjuk mainan 'spring' yang cikgu ehh bagi. Ni semua nak bagi motivasi lah ni biar dia tak memonteng keesokan harinya. Seronok bonar dia tapi benda tu tahan hanya beberapa jam je....dan ke tong sampah juga akhirnya. Masa Den sekolah dulu takde pulak cikgu Den nak bagi benda-benda macam tu. Jangan kata bagi, nak mintak pun tak berani...... Wassalam.

No comments:

Post a Comment